Tuesday, August 9, 2011

NASI LEMAK .. OH..NASI LEMAK


Belan lepas kecoh dengan berita obesiti dalam kalangan pelajar sekolah. Jadi cadangannya adalah mengurangkan penjualan nasi lemak dan mengharamkan penjualan makanan ringan di sekolah.

Cadangan itu memang bagus, tapi ramai yang tidak sedar sebenarnya punca anak-anak sekarang obesiti bermula dari rumah. Sudah tentu kaum ibu di rumah ingin memasak makanan yang lazat untuk anak-anak mereka. Apabila di luar pula, kaum bapa membelikan anak-anak makanan ringan.

Jadi apa gunanya mengharamkan segala jenis makanan tidak berzat di kantin sekolah tapi tidak di rumah? Kesannya sama sahaja kalau begitu. Senang cerita baiklah haramkan sahaja kantin sekolah dan semua restoran makanan segera serta gerai menjual nasi lemak di Malaysia ini.

Kajian secara menyeluruh patut dijalankan. Ada pihak yang mencadangkan cara sepatutnya adalah mengubah suai resipi makanan tersebut. Contohnya makanan yang menggunakan minyak yang banyak, dikurangkan sedikit kuantiti minyaknya dan menambah sayur-sayuran dalam setiap menu masakan.

Pihak sekolah boleh menjual makanan-makanan yang menyihatkan sebagai mengimbangi makanan yang berkalori tinggi contohnya sayur-sayuran, buah-buahan dan air mineral. Kelab-kelab atau persatuan terlibat juga perlu memainkan peranan penting seperti menganjurkan seminar atau kempen kesedaran tentang pemakanan dan gaya hidup sihat.

No comments:

Post a Comment