Monday, August 22, 2011

BULAN KEMERDEKAAN


Sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini boleh dikatakan dan dijangkakan sebagai sedikit hambar, bukan kerana rakyat Malaysia tidak patriotik tetapi kebanyakan rakyat Malaysia terutamanya keturunan Melayu lebih menumpukan kepada sambutan Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi. Bagi penulis, seelok-eloknya setiap rakyat Malaysia mestilah tidak mengabaikan Sambutan Hari Kemerdekaan malah harus menyambutnya dengan penuh semangat, lebih bersemangat dari tahun-tahu sebelumnya. Tambahan pula bulan ini juga bulan Ramadhan iaitu bulan yang penuh mulia, jadi kita umat Islam seharusnya mengambil keberkatan bulan ini untuk sama-sama menyambut Hari Kemerdekaan dengan penuh syukur, kasih-sayang dan keinsafan. Jadi marilah kita sama-sama mengibarkan Jalur Gemilang dan menyambut hari kemerdekaan negara yang kita sayangi.

Tema Hari Kebangsaan yang ke-54 - "1 Malaysia, Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera"

Monday, August 15, 2011

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2011


Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan SMK Jelai (F) ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar tingkatan lima yang sedang menduduki Peperiksaan Percubaan SPM 2011. Semoga berkat usaha dan doa anda dan kita semua membuahkan hasil yang positif.

Tuesday, August 9, 2011

NASI LEMAK .. OH..NASI LEMAK


Belan lepas kecoh dengan berita obesiti dalam kalangan pelajar sekolah. Jadi cadangannya adalah mengurangkan penjualan nasi lemak dan mengharamkan penjualan makanan ringan di sekolah.

Cadangan itu memang bagus, tapi ramai yang tidak sedar sebenarnya punca anak-anak sekarang obesiti bermula dari rumah. Sudah tentu kaum ibu di rumah ingin memasak makanan yang lazat untuk anak-anak mereka. Apabila di luar pula, kaum bapa membelikan anak-anak makanan ringan.

Jadi apa gunanya mengharamkan segala jenis makanan tidak berzat di kantin sekolah tapi tidak di rumah? Kesannya sama sahaja kalau begitu. Senang cerita baiklah haramkan sahaja kantin sekolah dan semua restoran makanan segera serta gerai menjual nasi lemak di Malaysia ini.

Kajian secara menyeluruh patut dijalankan. Ada pihak yang mencadangkan cara sepatutnya adalah mengubah suai resipi makanan tersebut. Contohnya makanan yang menggunakan minyak yang banyak, dikurangkan sedikit kuantiti minyaknya dan menambah sayur-sayuran dalam setiap menu masakan.

Pihak sekolah boleh menjual makanan-makanan yang menyihatkan sebagai mengimbangi makanan yang berkalori tinggi contohnya sayur-sayuran, buah-buahan dan air mineral. Kelab-kelab atau persatuan terlibat juga perlu memainkan peranan penting seperti menganjurkan seminar atau kempen kesedaran tentang pemakanan dan gaya hidup sihat.

Wednesday, June 24, 2009

1 MURID 1 SUKAN

Aktiviti sukan akan menyihatkan seseorang dan dapat mencegah penyakit serta membawa manfaat sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian.

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Haji Datu Nasrun, berkata demikian ketika merasmikan Maraton 1Murid 1Sukan di SMK Agaseh, di sini, pada Sabtu lalu.

Nasrun berkata, dasar 1Murid 1Sukan yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran bertujuan untuk menggalakkan pelajar mengamalkan cara hidup yg sihat dan aktif.

“Dasar ini juga untuk menyeimbangkan perkembangan fizikal dan mental seseorang pelajar, dan juga dapat memupuk kerja kumpulan antara pelajar. Cara hidup yang sihat dan aktif akan menghasilkan pelajar cemerlang dan mencegah mereka daripada sebarang penyakit yang mungkin akan mengganggu pembelajaran mereka,” katanya.

Nasrun menambah bahawa guru-guru dan ibu bapa juga perlu mengawasi anak-anak mereka ketika aktiviti sukan bagi mengelak daripada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Sementara itu, lebih daripada 2,500 pelajar, 180 guru-guru dan 100 ibu bapa menyertai marathon SMK Agaseh tersebut.

SUKAN

SUKAN SEKOLAH DIADAKAN PADA JANUARI 2009

MOTO

DISIPLIN PERTAMA , AKADEMIK UTAMA

VISI

SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG